Sunday 1 July 2012

Yang Namanya Waktu

Bismillahirrahmanirrahim. 

Sudah sebulan. Iya sudah sebulan setelah hari itu. Hari terakhir kita mengulum senyum, menguntum tawa, berdingin duka tatkala mahu berpisah sementara. Ataukah mungkin kita akan berpisah selamanya? Hanya Dia yang tahu kan? Hari itu ada sesuatu yang membuatkan hatiku perit. Perit kerana perpisahan. Hanyut dengan angan-angan. Walhal, diri punyai tanggungjawab berat. Masih mahu melayan rajuk yang entah kapan mahu berlalu. ==' 

                              Waktu senggang itu bisa membunuhmu, berhati-hatilah..

Gerun. Satu perkataan yang diterjemah minda waktu itu.  Jadi benarlah. Benarlah manusia sering sahaja lalai lantas menerima kerugian walaupun diberi ni'mat. 

         Daripada Abdullah Ibn Abbas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud,   

 “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan”. (H.R Bukhari)

Alangkah ruginya jika kedua-dua ni'mat ini tidak digunakan sebaik mungkin. Waktu lapang dan kesihatan. Juga antara kurniaan. Bagi yang sedar ketidakcukupan amalan. 

                                                          Sebulan usia

Tadi, seraya menebak fajar, aku tertanya-tanya. Adakah aku sudah manfaatkan sebulan yang telah berlalu ini? Sambil menunggu bidadari-bidadari di alam maya pula, tangan menari-nari di atas lembaran putih kumal. 
Waktu, pantas sungguh engkau  terbang pergi.
Sedang aku masih begini,
mencari ruang untuk bernafas kembali.

Sungguh kala itu kujadikan contengan sebagai  penawar. Ubati rajuk di hati. Namun aku pasti walaupun selama mana nyawa masih dikandung jasad,  penawar yang mampu menyembuhkan jiwa-jiwa  yang ada hanya pengharapan yang tidak pernah jemu kepada-Nya. :)

P/S: Orang lidi je

Taken

This is a very short entry cause I have always been curious about it for so long. After a couple months of struggling with all sorts of things that occupied all spaces available in my head, I suddenly realized that I have a soul waiting to be fulfilled with 'food' even more that usual. How can it be? When all things seem normal. You know,sometimes soul needs food more than we normally feed them. You know right? Alaa, you know. ;) Yes, I do feel it when it is starving. 


                                               Why are we so different?
                                        Cause the difference makes us even. :)