Sudah sebulan. Iya sudah sebulan setelah hari itu. Hari terakhir kita mengulum senyum, menguntum tawa, berdingin duka tatkala mahu berpisah sementara. Ataukah mungkin kita akan berpisah selamanya? Hanya Dia yang tahu kan? Hari itu ada sesuatu yang membuatkan hatiku perit. Perit kerana perpisahan. Hanyut dengan angan-angan. Walhal, diri punyai tanggungjawab berat. Masih mahu melayan rajuk yang entah kapan mahu berlalu. =='
Waktu senggang itu bisa membunuhmu, berhati-hatilah..
Gerun. Satu perkataan yang diterjemah minda waktu itu. Jadi benarlah. Benarlah manusia sering sahaja lalai lantas menerima kerugian walaupun diberi ni'mat.
Daripada Abdullah Ibn Abbas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud,
“Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan”. (H.R Bukhari)
“Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan”. (H.R Bukhari)
Alangkah ruginya jika kedua-dua ni'mat ini tidak digunakan sebaik mungkin. Waktu lapang dan kesihatan. Juga antara kurniaan. Bagi yang sedar ketidakcukupan amalan.
Sebulan usia
Tadi, seraya menebak fajar, aku tertanya-tanya. Adakah aku sudah manfaatkan sebulan yang telah berlalu ini? Sambil menunggu bidadari-bidadari di alam maya pula, tangan menari-nari di atas lembaran putih kumal.
Waktu, pantas sungguh engkau terbang pergi. Sedang aku masih begini, mencari ruang untuk bernafas kembali. |
Sungguh kala itu kujadikan contengan sebagai penawar. Ubati rajuk di hati. Namun aku pasti walaupun selama mana nyawa masih dikandung jasad, penawar yang mampu menyembuhkan jiwa-jiwa yang ada hanya pengharapan yang tidak pernah jemu kepada-Nya. :)
P/S: Orang lidi je